Al - Ghazali menekankan pendidikan peringkat awal kanak - kanak. Beliau pernah berkata bahawa ibu bapa harus memerhatikan pendidikan anak - anak sejak mula pertumbuhannya. Mereka tidak harus mengupah orang lain untuk mengasuh atau menyusukan anak kecuali seorang perempuan yang solehah, baik urusan agamanya dan memakan makanan yang halal sahaja.
Al - Ghazali menasihatkan ibu bapa supaya menghantar anak - anak ke sekolah supaya mereka dapat belajar al - Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W, mendengar cerita - cerita para solihin dan sejarah kehidupan mereka agar mereka suka mengikuti contoh teladan yang baik
Bagi Ibnu Khaldun pula, beliau menegaskan dalam proses mendidik anak - anak, kekerasan adalah dilarang sama sekali. Hal ini baginya kekerasan hanya akan menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, dan berpura - pura kerana ingin menyembunyikan perkara yang sebenar. Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan turut menghilangkan sifat kemanusiaan sejati seseorang manusia.
Memetik kata - kata dari kitab Ilya` Ulumiddin, anak - anak adalah amanat di tangan ibu bapa. Hatinya yang suci adalah laksana mutiara yang berharga, indah bersih daripada segala garisan dan bentuk. Kanak - kanak akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya. Jika anak - anak dididik dengan perbuatan yang baik, ia akan membesar dalam persekitaran yang demikian. Sebaliknya, jika anak - anak dibiasakan dengan perbuatan - perbuatan yang jahat maka lahirlah jiwa yang sedemikian rupa acuannya.
......kepada bakal ibu dan ayah, sedarilah tanggungjawab dan amanat yang berat ini........semoga kita sama - sama beroleh cahaya dan petunjuk dariNYA...amin......
No comments:
Post a Comment