Thursday, February 5, 2009
Wednesday, February 4, 2009
PUNCA KEPANDAIAN - BAKA ATAU PENGALAMAN
Ujian intelek (I. Q TESTS) dirangkakan untuk membolehkan seseorang ahli psikologi itu mengukur tahap intelek seseoarang kanak -kanak itu . Ini seolah -olah menjadikan intelek seperti ini mudah diperolehi bagi kanak -kanak. Jika ia didapati tinggi , perasaan ibu bapa itu senang , seolah -olah anak itu akan boleh dibiarkan sendiri untuk belajar tanpa usaha -usaha yang khas . Sebaliknya jika ujian intelek didapati rendah kanak -kanak itu dianggap susah dilatih atau diajar dan difikirkan yang tidak ada apa -apa usaha yang boleh dilakukan untuk mempertinggikan pencapaiannya.
Pendapat yang kepandaian seseorang kanak -kanak itu hanya berpunca daripada baka sahaja telah dinafikan oleh para penyelidik pada masa kini. Banyak kaedah telah dicuba untuk mempertingkat daya kretif , daya peringatan dan daya penyelesaian masalah. Perkembangan dalam bidang spikologi pendidikan dan spikologi perkembangan telah dapat memberi kita maklumat bahawa kebolehan seseorang itu boleh dipertingkatkan jika pesekitaran yang penuh dengan stimulasi , pengalaman -pengalaman yang positif yang dapat membentuk konsep diri yang baik serta strategi pendidikan dan latihan yang sesuai dapat meningkat pengetahuan dan kebolehan seseorang itu. Rumusan -rumusan penyelidikan baru telah mengubah pemikiran para penyelidik tentang konsep kepandaian seseorang kanak -kanak dari pendapat baka (Naturist View) kepada pendapat di mana kepandaian boleh dipertingkatkan dengan ada pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan yang sesuai.
Seseorang yang menganggap kepandaian itu berpunca dari baka sahaja mungkin akan mudah menerima bahawa seseorang kanak -kanak itu boleh maju didalam usahanya mengikut kemampuan pemikirannya sahaja. Rancangan -rancangan yang diaturkan untuk mempertingkat daya pemikirannya melalui strategi -strategi pembelajaran akan dianggap tidak perlu dan tidak akan membawa kesan -kesan yang ketara. Ini boleh merugikan kanak -kanak. Penyelidikan yang dijalankan dinegara -negara maju seperti di Amerika Syarikat keatas kanak -kanak yang datang dari golongan miskin telah menunjukkan yang prestasi intelek kanak -kanak itu pasti boleh dipertingkatkan jika mereka di dedahkan kepada kaedah -kaedah pembelajaran dan pengalaman -pengalaman yang kaya. Jika kanak -kanak ini terus dibiarkan tanpa diberi latihan -latihan dan pendedahan kepada keadaan yang boleh mencabar pemikirannya sudah tentulah prestasi yang ditunjukannya akan tetap tidak memuaskan. Akibatnya dia akan terus berada di lapisan bawah masyarakatnya dari segi sosio ekonomi. Ekoran dari pendapat Head Start Project , ( iaitu suatu projek kanak -kanak yang berusaha untuk memberi rangsangan dari peringkat seawal -awalnya ) , menunjukkan bahawa baka bukanlah satu -satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman -pengalaman , kaedah -kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak -kanak itu. Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi , perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman Asuhan dan Tadika yang ditubuhkan di merata -rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak itu.
Pengalaman dari kanak -kanak cacat yang datang keklinik menunjukkan yang sebahagian besar dari kanak -kanak ini mengalami kekurangan stimulasi ( Psycho-social Deprivation ). Kanak -kanak yang pekak menunjukkan tahap kefahaman bahasa yang rendah sementara kanak -kanak yang buta kurang menunjukan perasaan atau daya perhubngan dengan orang disekelilingnya. Kanak -kanak yang mengalami kecacatan fizikal seperti palsi -cerebral dan kanak -kanak yang cacat akal juga menunjukkan perkembangan yang lebih rendah dari potensi mereka. apabila rancangan pemulihan diaturkan dan ibu bapa sendiri di ajar dan digalakan untuk menjalankan rancangan pemulihan ini dirumah selalu didapati kanak -kanak cacat ini dapat menunjukkan kebolehan yang lebih tinggi. Mereka berupaya mencapai kemahiran sosial jika ini ditekankan dalam latihan.
Kesimpulannya ialah keupayaan pemikiran seseorang kanak -kanak itu bukan hanya dipengaruhi oleh baka , bahkan yang lebih penting lagi , oleh faktor -faktor seperti kesihatan, tahap pemakanan yang baik , cara
Cara keibubapaan ( parenting ) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak -kanak yang mengalami kerosakan otak , walaupun terhad keupayanya akan boleh dipertingkatkan kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri didalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. kebolehannya didalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara -cara untuk mengatasi kelemahannya itu.
Friday, January 23, 2009
Wednesday, January 21, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Wednesday, January 14, 2009
pEng@L@m@N Ohh PenG@L@m@n(^,^)
pengalaman kanak - kanak adalah berasaskan minat mereka. Mereka belajar meneroka kehidupan mereka berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri.....faktor sekeliling perlu membantu mereka dalam penyesuaian hidup ini dengan perkembangan lahiriah seiring dengan keadaan masa.....
kebebasan perlu diberikan kepada kanak - kanak agar mereka merasa berkuasa dalam menentukan pengalaman hidup mereka.....mereka bebas untuk membuat apa sahaja yang mereka mahu tanpa dihalang oleh orang dewasa....kebebasan ini akan membentuk pengalaman yang penuh bermakna kepada mereka........
pengalaman sangat penting dalam proses pendidikan kanak - kanak....mereka bergerak dan bertindak sendiri untuk mencipta pengalaman....melalui pengalamanlah mereka mengenal dunia dan belajar tentangnya.........